TAKLIMAT HIBAH, WASIAT DAN ASAS FARAID KEPADA IBUBAPA PELATIH PPDK DAN KOMUNITI SETEMPAT DI BATU ARANG, RAWANG.

TAKLIMAT HIBAH, WASIAT DAN ASAS FARAID KEPADA IBUBAPA PELATIH PPDK DAN KOMUNITI SETEMPAT DI BATU ARANG, RAWANG.

455091892 878790427499491 3517231171526521831 n
RAWANG, 10 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal Daerah Zon Timur telah menerima jemputan dari Pertubuhan Pemulihan dan Komuniti di Batu Arang, Rawang bagi memberi penerangan berkaitan perkhidmatan Hibah, Wasiat dan Faraid.
 
Seramai 70 orang yang hadir dalam program ini yang disampaikan oleh Ustaz Izhar bin Ismail, Penolong Pengurus Baitulmal Daerah Zon Timur.
 
Sesi taklimat juga dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Hulu Selangor iaitu Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid dan Puan Norsyarizan binti Mohd Rasid dalam menyediakan kaunter perkhidmatan Baitulmal untuk memberi peluang kepada para tetamu yang hadir bagi mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal MAIS.
 
Sambutan yang menggalakkan diterima dari tetamu yang hadir. Para tetamu juga sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas dan lebih lanjut berkaitan Ilmu Pengurusan Harta. Pelbagai persoalan dan permasalahan yang diutarakan kepada penceramah sepanjang sesi penerangan diberikan.
 
PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
 
PDK juga dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. PDK di Batu Arang ini menyantuni anak-anak OKU berumur 3 tahun hingga 18 tahun di PDK dan di rumah-rumah.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor