TAHNIAH KEJAYAAN MAIS RANGKUL ANUGERAH EMAS DI ICQCC, SRI LANKA
TAHNIAH KEJAYAAN MAIS RANGKUL ANUGERAH EMAS DI ICQCC, SRI LANKA
TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Kursus Pemandu Pegawai Majlis Agama Islam Selangor bagi Tahun 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Seramai 31 orang peserta dikalangan pegawai sebagai pemandu, penyelia kenderaan dan yang diberi kuasa memandu terlibat dalam kursus ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 8 – 10 November yang lalu.
Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bagi meningkatkan ilmu berhubung prosedur dan tatacara pengendalian kenderaan. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari ilmu-ilmu pemanduan berhemah dan pengendalian kenderaan pacuan empat roda (4×4).
Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam kursus ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan sebagai pemandu.
PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian...
SHAH ALAM, 23 Mac – Baitulmal MAIS hari ini telah...
MELAKA, 17 November 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
KAJANG, 16 November 2024 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd....
KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan...