SEMINAR MUAMALAT 2023, RANCANG HARTA, URUS PUSAKA

SEMINAR MUAMALAT 2023, RANCANG HARTA, URUS PUSAKA

354255806 641654067879796 1342273078554682893 n

Bangi, 13 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput hadir sebagai ahli panel bagi memberi penerangan berkaitan Pengurusan Harta Semasa Hidup dan Setelah Kematian dalam Seminar Muamalat 2023 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Program ini dihadiri seramai 500 orang peserta di kalangan penjawat awam dan masyarakat.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kepentingan pengurusan harta semasa hidup dan selepas kematian.

Ahli Panel MAIS diwakili oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS menyampaikan pembentangan bertajuk: Tata Kelola Harta Pusaka: Pelaksanaan.

Selain MAIS, turut hadir bersama ahli-ahli panel yang lain iaitu Puan Azmeen binti Azhari, wakil Amanah Raya Berhad, Dr. Jaharudin Padli Al Banjari, Pertubuhan Perunding & Pengamal Faraid Malaysia dan majlis tersebut dikendalikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mahmood dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai Moderator.

Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pengurusan harta serta mendidik untuk membuat perancangan harta semasa hidup.

Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Promosi potongan harga sebanyak RM100 bagi permohonan wasiat masih terbuka kepada semua pelanggan sehingga 25 Jun 2023. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian : https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor