RUMAH PEMULIAH AL-RIQAB MAIS HULU LANGAT TERKESAN BANJIR KINI BEROPERASI -MAIS SUMBANG RM200 RIBU

RUMAH PEMULIAH AL-RIQAB MAIS HULU LANGAT TERKESAN BANJIR KINI BEROPERASI -MAIS SUMBANG RM200 RIBU

319050262 1393193308141790 860638437628352

Hulu Langat, 23 Disember–Mengimbau kisah bencana banjir yang hampir memusnahkan Rumah Sahabat yang merupakan salah satu Rumah Pemulihan Riqab MAIS dua tahun lepas amat menyayat hati.  Peristiwa banjir yang berlaku sekitar hujung Disember 2021 lalu mengakibatkan beberapa bahagian bangunan ini runtuh dan hilang.

Namun, hasil bantuan sumbangan MAIS sebanyak RM200 ribu yang diluluskan pada awal tahun 2022 dari peruntukkan zakat asnaf riqab bagi tujuan pembinaan semula bilik detox, dapur, dewan makan dan baikpulih asrama yang terjejas banjir membolehkan Rumah Sahabat kembali ceria dan kini sudah boleh beroperasi seperti sediakala.

Hari ini, majlis simbolik penyerahan sumbangan bantuan berjumlah RM200 ribu disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor kepada Mohd Asyraf Amri Ketua Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran Rumah Sahabat di majlis ringkas yang diadakan di sini.

Selain itu, turut diadakan lawatan ke bilik detox, dapur, dewan makan dan lokasi yang terjejas banjir yang telah dibina semula menggunakan sumbangan MAIS.

Menurut Tan Sri Dato’ Hashim Meon, usaha membantu asnaf riqab adalah salah satu daripada tanggungjawab MAIS. Oleh itu, kejadian banjir buruk yang membinasakan bangunan Rumah Sahabat perlu dibantu agar mereka dapat beroperasi seperti sedia kala seterusnya dapat membantu MAIS dalam usaha pemulihan pelatih dari kalangan asnaf Riqab.

Turut hadir dalam majlis ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS; Encik Arif Fuad, Ketua Pegawai AADK Hulu Langat; Dr. Norhazlin Talib, Ketua Klinik dan Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Batu 9 dan  Dr. Muhammad Asyraf Che Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor