RM56,416.00 DISUMBANG KEPADA 328 PENERIMA FIDYAH KUALA SELANGOR DAN KUALA LANGAT

RM56,416.00 DISUMBANG KEPADA 328 PENERIMA FIDYAH KUALA SELANGOR DAN KUALA LANGAT

fidyah 1
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al – Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mengekalkan dan melantik Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2024 hingga 2026. Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2024 – 2026 yang telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berkenan melantik dan menerima menghadap 22 orang Anggota MAIS Sesi 2024 – 2026 yang dimulakan dengan lantikan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai Pengerusi MAIS, diikuti Yang Amat Dihormati Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling sebagai Timbalan Pengerusi, MAIS bagi sesi ini.
 
Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Subseksyen 11 (1) dan (2) yang menyatakan:
 
(1) “Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) lima orang anggota atas nama jawatan yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:
 
(i) Setiausaha Kerajaan Negeri;
(ii) Penasihat Undang-Undang Negeri;
(iii) Pegawai Kewangan Negeri;
(iv) Mufti;
(v) Ketua Polis Negeri;
(vi)Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; dan
(d) tidak kurang daripada lapan anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam agama Islam.
 
(2) “Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara baginda bagi apa-apa tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan”.
 
Seterusnya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga turut berkenan melantik dan menerima sembah menghadap empat (4) Anggota MAIS yang baharu bagi sesi 2024 – 2026. Pelantikan itu terdiri daripada Yang Dimuliakan Tengku Seri Andika Diraja, Tengku Dato’ Iskandar Shah Tengku Ismail Shah Alhaj, Orang Besar Bergelar; Yang Berbahagia Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, Profesor International Centre Of Education in Islamic Finance (INCEIF); Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Izam Mohamed Yusof, Perunding bebas dalam bidang strategi perniagaan.
 
Kesemua pelantikan ini, menjadikan keseluruhan Anggota MAIS bagi sesi 2024 – 2026 berjumlah 22 orang dengan diketuai oleh Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dikekalkan sebagai Pengerusi MAIS berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.
 
Turut hadir dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS ini adalah Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor; Yang Dimuliakan Tengku Maha Kurnia Bijaya Diraja; Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Raja; Yang Dimuliakan Orang Besar Istana; Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS dan Puan Hajah Norzaihan binti Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor