RM195,500 DISERAH KEPADA LAPAN PENERIMA SUMBANGAN MASLAHAH UMUM MAIS
RM195,500 DISERAH KEPADA LAPAN PENERIMA SUMBANGAN MASLAHAH UMUM MAIS
Shah Alam. 24 Jun – Majlis Simbolik Serahan Sumbangan Maslahah Umum Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melibatkan lapan orang penerima berjumlah RM195,500 telah diadakan di sini hari ini.
Â
Serahan cek cura sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar yang turut mengalu-alukan komitmen penerima sumbangan hadir di majlis ringkas ini. Dalam ucapannya beliau turut berkongsi peranan MAIS membantu berkaitan maslahah ummah melalui peruntukan Baitulmal MAIS antaranya daripada sumber Wang Tidak Patuh Syariah.
Â
Sehingga Jun, MAIS telah menyalurkan sumbangan terutamanya yang melibatkan kategori penganjuran program, sosial, baik pulih dan pendidikan berjumlah RM850 ribu kepada 109 agensi dan individu.
Beliau juga menggalakkan umat Islam terus menunaikan tanggungjawab melalui MAIS terutamanya yang melibatkan perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, pembayaran fidyah, pelunasan wang tidak patuh syariah, pengurusan wasiat dan hibah. Seterusnya melunaskan tanggungjawab berzakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan menunaikan wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor yang kedua-duanya adalah agensi MAIS.
Â
Salah seorang wakil penerima iaitu Yayasan Universiti Pahang (YUP) yang menerima sumbangan untuk membantu Dana Kebajikan Anak Negeri Selangor, mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang banyak membantu anak-anak Selangor di universiti mereka.
Â
“MAIS dan LZS antara organisasi yang teratur dan tersusun dalam membantu pelajar B40 di YUP. Hal ini dapat melancarkan urusan pembelajaran mereka yang tergolong pelajar B40 di sini,” ujar Pn. Haryani Abdullah Pengurus Besar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Â
Antara penerima sumbangan di majlis simbolik hari ini ialah As-Sofa Centre Of Excellence yang menerima RM30 ribu bagi sumbangan pembinaan dewan Maahad Tahfiz As-Sofa, PIBG Sijangkang Jaya menerima RM20 ribu bagi baik pulih surau sekolah Masjid al-Islamiah, Kg Lindungan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerima RM10 ribu bagi Program Akademi Daie Muda YADIM.
Â
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...