RM13 JUTA BANTUAN FIDYAH MAIS DIAGIHKAN KEPADA 50,054 PENERIMA YANG LAYAK

RM13 JUTA BANTUAN FIDYAH MAIS DIAGIHKAN KEPADA 50,054 PENERIMA YANG LAYAK

474793555 993774299334436 7609680435092320690 n
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berjaya membuat kutipan fidyah berjumlah RM12.9 Juta dan telah mengagihkan sumbangan fidyah sebanyak RM13,014,200.00 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun 2024.
 
Daripada jumlah agihan RM13,014,200.00, sebanyak RM4,451,526.00 diperuntukkan sumbangan berupa Agihan Fidyah MAIS (AFM) Kotak Makanan, AFM Ejen Dapur Fidyah berjumlah RM1,346,474.00, AFM Tunai sebanyak RM2,374,500.00 dan AFM Wang Saku Pelajar berjumlah RM4,841,700.00.
 
Sumbangan AFM Kotak Makanan dan AFM Ejen Dapur Fidyah diagihkan kepada penerima yang layak berupa Pakej Makanan Asasi terdiri dari beras, gula, kicap, sos cili, tepung gandum, minuman coklat, bihun, minyak kelapa sawit dan makanan dalam tin. Bagi sumbangan AFM Tunai berupa wang tunai yang dikreditkan ke akaun penerima yang layak dan AFM Wang Saku Pelajar berupa wang tunai yang diagihkan kepada pelajar yang memerlukan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri dari institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah, universiti-universiti dan kolej yang terlibat.
 
Bagi tahun 2025, MAIS mensasarkan jumlah kutipan fidyah adalah sebanyak RM16 juta manakala agihan sebanyak RM12.4 juta. Sasaran ini ditetapkan agar lebih ramai masyarakat Islam menerima manfaat dan bantuan dalam mereka menjalani kehidupan seharian.
 
MAIS turut melantik ejen kutipan fidyah MAIS bagi menyebarluaskan kutipan fidyah terutama di negeri Selangor iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Malaysia E-Government (MYEG), Bank Muamalat Malaysia Berhad, As-Salihin Trustee Berhad dan Rakyat Trustee Berhad.
 
MAIS juga bekerjasama dengan RSAFM bagi membantu menyampaikan sumbangan fidyah terus kepada mereka yang layak dengan menggunakan peruntukan fidyah secara efisyen, menyeluruh dan menepati golongan penerima.
 
Sementara itu, MAIS hari ini mengadakan Seminar Perancangan dan Pewarisan Harta Islam dan Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Tahun 2025 yang disempurnakan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Dalam Seminar Perancangan dan Pewarisan Harta Islam menghimpunkan panel pembentang antaranya ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal dalam slot ceramah bertajuk Perancangan & Pewarisan Harta Islam (Wasiat, hibah, Harta Pusaka) dan Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin Pensyarah Kanan UiTM dalam slot Forum Bual Bicara bertajuk Ganti Puasa atau Bayar Fidyah.
 
Melalui Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Tahun 2025 bermula 25 Januari sehingga 28 Februari 2025, pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya ialah Pembukaan Kaunter Rundingcara, Aktiviti Hari Bersama Baitulmal, Tazkirah Jumaat, Kuliah Maghrib Khas, Siaran Langsung di Tik Tok & Facebook MAIS dan Ops Fidyah di Lokasi terpilih.
 
Tujuan Kempen diadakan adalah memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk melunaskan hutang fidyah di samping menggalakkan masyarakat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadhan yang akan datang.
 
Hadir sama dalam program ialah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Hajah Arafiah Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
 
Masyarakat Islam yang ingin melunaskan kewajipan fidyah, MAIS menyediakan platform digital Kalkulator Fidyah iaitu pembayaran fidyah secara dalam talian yang boleh didapati di portal rasmi MAIS iaitu www.mais.gov.my.
 
Pembayaran fidyah juga boleh dilaksanakan melalui ejen kutipan fidyah MAIS seperti di LZS yang turut menyediakan kemudahan bayaran melalui kaunter dan secara dalam talian.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor