PROGRAM ZIARAH MERDEKA-Hayati Pembangunan Kebajikan dan Sosial MAIS

PROGRAM ZIARAH MERDEKA-Hayati Pembangunan Kebajikan dan Sosial MAIS

370963506 680400337338502 5156884322218014924 n 2
SHAH ALAM, 28 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan dengan mengedarkan 3,010 Jalur Gemilang kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), Agensi dan Anak Syarikat.
 
Daripada 3,010 Jalur Gemilang itu, sebanyak 3000 bendera pelekat kenderaan dan 10 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada warga kerja JHEIS yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).
 
Selain itu, Jalur Gemilang turut diberikan kepada warga kerja MAIS, agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.
 
Majlis simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan sesi lekat bendera kenderaan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS di sini hari ini. Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Tuan Mohd Sobirin Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif LZS; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS; Encik Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar, TERAS dan Encik Mohd Nuri Abdul Aziz, Pengurus Besar, BSHSB.
 
Majlis yang diadakan setiap tahun ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat terutama kepada warga kerja MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dalam memahami erti kemerdekaan negara.
 
Edaran Jalur Gemilang ini juga dibuat supaya warga kerja MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan dalam mengenang perjuangan pemimpin terdahulu sehingga mencapai kemerdekaan.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor