PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR
PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR
BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Selangor), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pesuruhjaya Sumpah menganjurkan Program Turun Padang Perkampungan Orang Asli Songkok.
Objektif program ini diadakan adalah untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan orang asli seperti pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan mereka. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dengan masyarakat orang asli.
Seramai lebih kurang 80 orang penduduk menyertai program ini dan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung iaitu mengemaskini Kad Perakuan Memeluk Agama Islam, mengemaskini kad pengenalan masyarakat orang asli songkok, program khidmat masyarakat(gotong-royong) dan beberapa acara sukaneka bagi kanak-kanak masyarakat orang asli songkok yang dikendalikan oleh sukarelawan UPM.
Turut sama hadir pada program ini ialah Dr. Hajah Norraini Nordin; Pengarah Pembangunan Sosial; Zaimah Roslan, Wakil Balai Raya Kampung Orang Asli Songkok; Mohd Khairil Yahya, Jabatan Pendaftaran Negara(Negeri Selangor); Ustazah Fadhilah Azemi, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Selangor; Puan Asiah Jafri, Universiti Putra Malaysia dan Nursyazwani Adnan, Pesuruhjaya Sumpah.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...