PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS Memperkasa Perkembangan Universiti Islam Selangor

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS Memperkasa Perkembangan Universiti Islam Selangor

501604272 18491649331064155 672946426395844351 n
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, (MAIS) telah mengadakan Program Khidmat Komuniti Pelatih bertempat di Surau Hidayatul Musolli, Tebuk Haji Naim Kampung Batu 2, Sabak Bernam.
 
Program ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dirangka untuk pelatih di dalam pusat bagi memupuk semangat kesukarelawanan dan kepedulian dalam kegiatan sosial di kalangan masyarakat.
 
Selain aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan penyerahan sumbangan kelengkapan untuk kegunaan kariah, sesi tazkirah juga ada diberikan kepada pelatih bagi memantapkan jiwa mereka untuk menjadi insan rabbani yang cemerlang.
Pengisian rohani tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Rahmah Bt Akib, Ketua Biro Muslimat Surau Hidayatul Musolli.
 
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Nazatushima binti Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (MAIS) kepada wakil pihak surau.
 
Seramai 25 orang pelatih termasuk pegawai yang turut serta dalam program ini dan pelatih yang terlibat di pilih berdasarkan penilaian mata merit disiplin tertinggi serta sahsiah terbaik semasa menjalani tempoh pemulihan di Baitul Ehsan.
 
MAIS berharap dengan adanya program sebegini dapat membuka ruang kepada pelatih untuk membuktikan bahawa mereka mampu berubah ke arah yang lebih baik dan dapat memberi khidmat sumbangan positif kepada masyarakat apabila di luar nanti. Selain itu juga dapat mengubah persepsi masyarakat supaya terus memberi sokongan positif terhadap golongan asnaf riqab apabila mereka berada di dalam masyarakat nanti dan tidak meminggirkan mereka.
 
Semoga dengan pendedahan berterusan berkaitan Baitul ini akan memberi manfaat untuk orang ramai dan memahami masih ada jalan pulang kepada mereka yang terpesong.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor