PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, menjayakan Program Turun Padang di daerah Sabak Bernam bagi tujuan suai kenal dan mengenalpasti isu berkaitan hal ehwal Islam di daerah ini.
Â
Program dimulakan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (PPWBE). Kehadiran Pengerusi MAIS disambut baik oleh Penguasa Baitul Ehsan, Puan Nazatushima binti Othman.
Â
Dalam program tersebut, Pengerusi MAIS diberikan perkongsian berhubung proses pendaftaran pelatih, program dan aktiviti pelatih di pusat serta modul pemulihan yang digunakan di pusat tersebut.
Â
Antara lain hasrat Pengerusi MAIS adalah:
Â
i. PPWBE perlu berusaha untuk tambah penghuni dengan giat mengadakan promosi termasuk menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri;
Â
ii. Sekiranya terdapat kekangan dalam perundangan berhubung penambahan tempoh pemulihan perlu dibincangkan dengan pihak-pihak yang berkaitan; dan
Â
iii. PPWBE juga perlu menambah kursus baharu dalam bidang teknologi maklumat sebagai pendedahan kepada pelatih di PPWBE.
Â
Beliau juga melawat sekitar PPWBE bagi melihat kemudahan yang disediakan untuk pemulihan pelatih di sini.
Â
Seterusnya, beliau juga menghadiri Program Mahabbah Idulfitri anjuran PPWBE dan menyempurnakan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelatih dan turut beramah mesra bersama keluarga pelatih yang hadir.
Â
Kemudian Program Turun Padang Pengerusi MAIS diteruskan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sabak Bernam. Di PAID, Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Sabak Bernam, Ustaz Mohammad Khair bin Zainal menyambut mesra ketibaan Pengerusi MAIS.
Â
Antara pengisian dalam lawatan di PAID Sabak Bernam ialah perkongsian taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Sabak Bernam. Beliau juga terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang dianggapnya amat bertuah.
Â
Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan agar pihak PAID Sabak Bernam sentiasa cakna dengan perkembangan isu semasa yang berlaku di media sosial.
Â
“Saya mengharapkan agar pihak PAID Sabak Bernam sentiasa menitikberatkan perkembangan isu semasa dalam media sosial terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Sabak Bernam ini agar ia dapat ditangani segera,” katanya.
Â
Selain itu, Pengerusi MAIS juga berhasrat agar PAID Sabak Bernam melalui Unit Penyelidikan perlu proraktif dalam memastikan tiada isu ajaran sesat berlaku di daerah Sabak Bernam. Tambahan pula,
pihak masjid dan surau disekitar daerah Sabak Bernam juga perlu dipantau supaya tiada sebarang unsur-unsur politik dimasukkan dalam pengurusan masjid dan surau.
Â
Turut hadir Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah Operasi, JAIS; Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS dan Puan Hajah Noormala binti Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS.
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...