PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH PETALING
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH PETALING

Petaling, 10 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke tujuh pada 10 Jun 2025.
Â
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.
Â
Delegasi disambut mesra oleh Ustaz Mohd Farid Hadi Sharif, Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling dan mengalu-alukan kehadiran Pengerusi MAIS. Beliau turut membentangkan perkembangan hal ehwal Islam di Petaling.
Â
Pengerusi MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih di atas kesudian pihak PAID Petaling menerima dan menguruskan lawatan Pengerusi MAIS di Daerah Petaling pada kali ini.
Dalam ucapan beliau seperti di PAID yang lain, beliau turut mengingatkan pengurusan di sini agar sentiasa peka dengan isu dan persepsi awam agar ia dapat ditangani segera, memelihara imej Islam, memantau ajaran sesat, memastikan pusat penyembelihan mempunyai tauliah dan sebagainya.
Â
Lawatan diteruskan ke Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya untuk meninjau keadaan bangunan, fasiliti yang memerlukan penambahbaikan, ruangan kemudahan kepada pelajar di sana dan koperasi di sekolah berkenaan.
Â
Pengerusi MAIS juga turut merasmikan Pusat Sumber Pendeta Za’ba di sekolah tersebut.
Â
Seterusnya lawatan ke Masjid Jamek Batu 12, Puchong bagi melihat situasi terkini di masjid tersebut. Di masjid tersebut juga beberapa penambahbaikan perlu juga dilaksanakan antaranya kemudahan infrastruktur dan baik pulih struktur bangunan akibat serangga perosak.
Â
Kemudian, lawatan diteruskan ke Surau At Taqwa, Kampong Orang Asli Sg Rasau Hilir, Batu 14, Puchong bagi beramah mesra dengan penduduk orang asli di sini.
Â
Dalam lawatan di kampong tersebut, Pengerusi MAIS turut menyampaikan sumbangan kepada institusi agama melalui peruntukan zakat. Antara institusi agama yang menerima sumbangan ialah Sekolah Kebangsaan Taman Universiti dan Surau At Taqwa, Kampong Orang Asli Sg Rasau Hilir.
Â
Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat serta penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
Â
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS; Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal; Encik Zaharudin Kadiron, Pengarah Teknologi Maklumat; Encik Rohaizul Mohamed Kholil, Pengarah Kewangan; barisan pengurusan MAIS, PAID Daerah Petaling, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau yang terlibat.
Â
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...
Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...