PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR

495539766 1069887161723149 2054810490265051051 n
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke institusi Islam di sekitar Hulu Selangor hari ini bagi mendalami isu berbangkit.
 
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor dengan pembentangan ringkas oleh Ustaz Mohd Khairi bin Md Zainal, Pegawai Tadbir Agama Hulu Selangor.
 
Selain PAID Hulu Selangor, antara institusi yang dilawati hari ini ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Masjid Ulu Yam Lama dan Maahad Tahfiz Nurul Iman, Serendah.
 
Antara pengisian dalam program kali ini ialah taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat dan penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
 
Turut hadir ialah YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Mohd Aqmal bin Jais, Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Kubu Bharu, Lembaga Zakat Selangor; Encik Nasoha bin Jaiman, Pengurus Pentadbiran, Perbadanan Wakaf Selangor; Puan Noor Anisah binti Tuyot, Penolong Pendaftar, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor serta Ketua-Ketua Unit PAID Hulu Selangor dan Maahad Tahfiz yang terlibat.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor