PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS

Shah Alam, 22 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor hari ini.
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Bangunan Sultan Idris Shah. Antara Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam lawatan hari ini ialah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); pejabat Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI); pejabat Pengarah JAIS; pejabat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), pejabat Sektor Ekonomi MAIS dan pejabat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Bahagian Undang-Undang MAIS dan pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Program berakhir di pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah dan perkongsian perkembangan aktiviti jabatan tersebut.
Antara pengisian dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat.
Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan agar hubungan baik antara semua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dapat dikekalkan.
“Saya mengharapkan agar semua pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor sentiasa menjaga nama baik dan bekerjasama dalam semua perkara terutama yang melibatkan hal ehwal Islam,”katanya.
Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, barisan pengurusan tertinggi MAIS dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor.
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
HULU SELANGOR, 22 Mei 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...