PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 1/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS
PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 1/2024 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS
Klang, 11 Mei 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan lagi Program Tafaqquh Fiddin kepada Pegawai di Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS sebanyak empat siri.
Â
Program Tafaqquh Fiddin bagi Siri 1/2024 dimulai dengan ucapan aluan oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Â
Sebagai pembukaan, tajuk yang dibincangkan pada siri pertama ini adalah Muallaf Dan Harta Pusaka, yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid yang merupakan Pengarah Baitulmal, MAIS.
Â
Antara objektif utama Program Tafaqquh Fiddin Siri 1/2024 ini ialah membincangkan beberapa isu kontemporari khususnya berkaitan pembahagian Harta Pusaka Muallaf dan memberikan ilmu pengetahuan kepada pegawai dari Pusat Pengurusan Pengislaman dalam membimbing muallaf serta dapat memberi jawapan kepada muallaf terhadap isu serta permasalahan yang dihadapi dengan baik dan berhikmah.
Â
Program ini juga dapat menambah pengetahuan Islam serta mampu untuk membantu dan membimbing muallaf-muallaf agar dapat mengenal Islam lebih dekat dan memahami bahawa Islam merupakan agama yang relevan dengan kehidupan manusia di muka bumi ini.
Â
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) termasuklah Baitulmal daerah dan juga MAIS di atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Â
Turut hadir dalam program ini ialah Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS.
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...