PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK
PROGRAM SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK
Hulu Selangor, 7 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK telah mengadakan Program Sambutan Hari Aids Sedunia dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (PKDHS).
Program usahasama ini disertai seramai 400 orang peserta bertujuan memupuk kesedaran dan memberi pendedahan mengenai penyakit HIV dan AIDS dikalangan masyarakat. Selain daripada memberi kefahaman kepada masyarakat tentang jangkitan HIV/AIDS, objektif lain adalah menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap orang dengan HIV/AIDS (ODHA) serta meraikan ODHA dalam meneruskan kehidupan sebagai insan rabbani selari dengan tema Sambutan Hari Aids tahun 2024 iaitu “Tunaikan Hak Yang Saksama”.
Acara pelepasan fun walk Program Sambutan Hari Aids Sedunia telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Program ini juga turut dihadiri Dr Suhaida Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Ar-Riqab MAIS, Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Puan Mazlina Osman, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan barisan Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Baitul Islah.
Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah acara senamrobik, fun walk sambil melihat info-info kesihatan berkaitan HIV/AIDS di sepanjang trek fun walk, Poket Talk yang disampaikan oleh Pegawai MAIS, PKDHS dan AADK, pertandingan mewarna serta kaunter pameran MAIS dan agensi Kerajaan di Daerah Hulu Selangor.
Para peserta sangat gembira dan berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang.
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...