PROGRAM PENERANGAN ‘KENALI WARIS FARAID ANDA’ DI HOSPITAL SELAYANG

PROGRAM PENERANGAN ‘KENALI WARIS FARAID ANDA’ DI HOSPITAL SELAYANG

447965579 840650964646771 5091105557069254741 n
SELAYANG, 6 Jun -Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Pejabat Agama Islam Daerah Gombak melaksanakan Program Penerangan ‘Kenali Waris Faraid Anda’ sempena kempen promosi wasiat Dhuyuffurrahman.
 
Program penerangan berlangsung selama 2 hari bermula 5 dan 6 Jun lalu bertujuan memberi peluang kepada orang awam & warga kerja Hospital Selayang untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mengenali waris faraid dan kiraan bahagian waris melalui kalkulator faraid MAIS.
 
Selain itu, MAIS juga turut menyampaikan penerangan berkaitan pengurusan harta seperti wasiat dan hibah termasuk instrumen-instrumen lain pengurusan harta dalam Islam seperti kiraan fidyah dan kiraan wang tidak patuh syariah.
 
Kepada yang ingin mendapatkan khidmat secara langsung boleh hadir ke Unit Baitulmal di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat atau temui Perancang Pewarisan Islam (PPI) MAIS berhampiran anda.
 
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Dapatkan harga tawaran RM 200 bagi pendaftaran wasiat sahaja sehingga 30 Jun 2024. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
Info lanjut, sila layari:

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor