PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI (KATEGORI ALUMNI DADAH) “PENCARIAN DA’IE” FASA 3, TAHUN 2023

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN KOMUNITI (KATEGORI ALUMNI DADAH) “PENCARIAN DA’IE” FASA 3, TAHUN 2023

409833830 737037031674832 3621275410060488352 n
KLANG, 10 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan Program Pembimbing Rakan Komuniti (Kategori Alumni Dadah) “Pencarian Da’ie Fasa 3, Tahun 2023.
 
Program yang berlangsung bermula 8 hingga 10 Disember 2023 diadakan bertujuan untuk melatih asnaf-asnaf riqab dalam kalangan yang telah bebas daripada dibelenggu dadah di samping melahirkan mereka sebagai seorang da’ie ataupun Pembimbing Rakan Komuniti.
 
Seramai 32 orang peserta dikalangan rakan komuniti (Kategori Alumni Dadah) telah hadir dalam program ini dengan kerjasama dari Persatuan PENGASIH Selangor dan Rumah Pemulihan Riqab(RPR) iaitu Rumah Teduhan Kasih, Rumah Penawar dan Rumah Sahabat.
 
Program fasa 3 ini merupakan susulan daripada program fasa 1 dan 2 iaitu memberi peluang kepada peserta yang dipilih untuk ke fasa yang selanjutnya melalui ujian fardhu ain dan keterlibatan semua peserta dalam aktiviti berkumpulan sepanjang program dijalankan.
 
Antara penceramah program ini adalah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Ustaz Nik Syahriman Nik Mat, Penceramah Bebas; Encik Mohd Farid Japeri, Timbalan Pengarah PUSPEN Jelebu dan Encik Jowel Nooh, Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
 
Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen dalam menyertai program anjuran MAIS. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan dakwah dan membimbing para asnaf riqab ke jalan yang diredhaiNya. Tambah beliau lagi, tugasan pembimbing rakan komuniti adalah satu tanggungjawab yang besar dan beliau menyeru mereka agar terus bersemangat dan istiqamah dalam menyampaikan dakwah.
 
Dalam majlis penutup tersebut, tiga orang peserta telah dipilih dan dianugerahkan sebagai Pembimbing Rakan Komuniti MAIS bagi Tahun 2023 iaitu Encik Audi Azlie Mat Tahar daripada PENGASIH Malaysia, Encik Joman Sachari daripada Rumah Penawar dan Encik Khawari A’la daripada Rumah Sahabat.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar impak program ini dapat menguatkan semangat mereka untuk membimbing rakan Komuniti yang lain.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor