[vc_row][vc_column][vc_column_text]18 September – Program Mukhaiyam Asnaf Riqab dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAKIM telah diadakan pada 18-20 Sept.
Program tiga hari ini bertujuan memberikan kesedaran kerohanian kepada peserta untuk menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba Allah SWT.
Ia juga bertujuan memberikan bimbingan fardhu ain seperti pengetahuan asas agama meliputi persoalan mandi wajib, wudhu, solat dan zikir.
Pada kali ini seramai 35 peserta Komuniti Asnaf Riqab terlibat yang rata-rata mereka amat bersyukur dengan peluang untuk kembali ke fitrah ini.
Program kali ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ahmad Marzuk b. Shaary Timb. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Katanya, program yang telah berlangsung sejak tahun 2011, dapat memberikan kesedaran kerohanian, bimbingan fardhu ain, kesedaran kesihatan dan bimbingan motivasi. Peserta yang menyertai pada kali ini secara sukarela. Tiada unsur paksaan, jauh sekali sebarang kekerasan.
Sehingga hari ini terdapat dua belas NGO Komuniti Hijrah yang merupakan mereka yang pernah mengikuti Program Mukhayyam. Antara yang melibatkan komuniti hijrah di kalangan lesbian dan pengkid adalah Muhajirah WAFIQ, Usrah Iqrak dan Kifahuna Jemaa. Satu perkembangan yang membanggakan.
Didoakan, program ini berjalan dengan baik dan para peserta dapat mengikuti program ini dengan jayanya, katanya yang mewakili YB Menteri, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4236″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4237″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”4238″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”4239″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]