PROGRAM MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI
PROGRAM MAHRAJAN KOMUNITI HIJRAH MADANI
SEPANG, 21 Julai – Seramai 90 orang komuniti dikenali sebagai Komuniti Hijrah menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Â
Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 19 Julai sehingga 21 Julai 2024 disertai dari kalangan asnaf riqab MAIS.
Â
Majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini.
Â
Hadir sama ialah YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Â
Pengerusi MAIS dalam ucapan alu-aluan berkata, program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani bertujuan memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti hijrah bagi menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba Allah SWT.
Â
“Semoga usaha murni ini dapat dikekalkan bagi memastikan asnaf Riqab berjaya menjalani proses pemulihan dan memberikan kesan yang positif dalam diri mereka,” katanya.
Â
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada YB Menteri yang merasmikan program dan pihak JAKIM dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) atas kerjasama menjayakan program Mahrajan ini.
Â
Antara pengisian adalah pertandingan hafazan, azan, tazkirah dan nasyid.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan aktiviti kursus antaranya ialah Kursus Sembelihan (Teori), Kursus Sembelihan (Praktikal) dan Kursus Pengurusan Jenazah.
Menurut salah seorang peserta yang ditemui berpendapat, beliau memuji usaha MAIS dalam menyantuni golongan mereka ini dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Â
Turut hadir, Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Dato’ Hj Razali Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia.
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...