PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023

PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023

30BH6VM

SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Sosial menganjurkan program turun padang ke Kampung Orang Asli Ulu Melaka sempena Bulan Muallaf MAIS tahun 2023.

Program telah disempurnakan perasmian oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi bin Md. Zainal, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Selangor.

Objektif utama program adalah untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan orang asli dari segi pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri mereka.

Seramai lebih kurang 350 penduduk menyertai program ini dan antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Dakwah JAIS, Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor dan Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Antara yang turut sama hadir ialah Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS dan Puan Nurbaizura binti Zulkifli dari JPN Selangor.

Program telah berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Diharap kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor