PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID NURUL IMAN, SERENDAH , HULU SELANGOR
PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID NURUL IMAN, SERENDAH , HULU SELANGOR
HULU SELANGOR , 19 Julai 2022 – Program Le Tour D’Masjid sempena Program Penghayatan Bulan Muallaf Tahun 2022 kali ke-3 telah dilaksanakan pada 19 Julai 2022 di Masjid Nurul Iman, Serendah , Daerah Hulu Selangor.
Taklimat berkenaan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor dan peranan institusi Masjid dan orang awam dalam menyantuni muallaf ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS.
Dalam taklimat ini dijelaskan takrif muallaf, kepentingan mendaftar pengislaman selepas syahadah, mengambil berat kebajikan dan akidah muallaf dan masjid adalah antara tempat utama yang didatangi oleh mereka selepas memeluk Islam.
Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dan masyarakat awam dalam menyantuni muallaf dan mengambil berat hal ehwal kehidupan mereka.
Program yang dihadiri kira-kira 40 orang jemaah itu bermula selepas Solat Maghrib sehingga waktu Isyak.
Perkahwinan sindiket telah lama berlaku sama ada perkahwinan itu dilaksanakan...
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...