PROGRAM IBADAH KORBAN KUKUHKAN UKHUWAH MAIS BERSAMA JHEIS SERTA RAKAN STRATEGIK

PROGRAM IBADAH KORBAN KUKUHKAN UKHUWAH MAIS BERSAMA JHEIS SERTA RAKAN STRATEGIK

5OSUS0I
SHAH ALAM, 8 Jun – Sempena Aidiladha 1446H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikatnya menganjurkan Program Ibadah Korban di sini hari ini sebagai usaha mengukuhkan lagi silaturrahim, memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama di kalangan warga kerja.
 
Sebanyak 23 ekor lembu dikorbankan kali ini termasuk enam ekor lembu dari syarikat PETRON yang turut berkolaborasi menjayakan Program Ibadah Korban kali ini.
 
Daging korban yang selesai dilapah diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Shah Alam serta warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS), Shah Alam.
 
Program ini mendapat kerjasama padu dari warga kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)-Tijari, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) serta Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 
YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS hadir menyempurnakan simbolik serahan daging korban kepada wakil penerima dan turut beramah mesra bersama warga kerja.
 
Turut hadir dan bersama bergotong-royong YBhg. Dato’ Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS, Dato’ Prof. Madya Dr. Haji Miszairi Sitiris, Timbalan Mufti Selangor, Dr. Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS.
 
Juga hadir sama pengurusan tertinggi MAIS, ketua jabatan JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS serta Pengusaha Stesen Minyak PETRON yang terlibat.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor