PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT.
PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT.
SHAH ALAM, 19 JUN – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam.
Â
Sempena Hari Raya Eidul Adha 1445H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut.
Â
Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung pada hari ini, membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.
Â
Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah(BSIS).
Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS.
Â
Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).
Â
Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Â
YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini.
Â
Hadir sama Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Ustazah Salwana Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi JAIS; YAA Dato’ Mohammad Adib Hussin, Ketua Hakim Syarie JAKESS; Dato’ Prof Madya Dr. Haji Miszairi Sitiris, Timbalan Mufti Selangor; Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie JPSS; Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar & Pengurusan MAIS.
Â
Â
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...