PROGRAM HALA TUJU PENGURUSAN PENGISLAMAN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) DAN BAITULMAL DAERAH TAHUN 2025

PROGRAM HALA TUJU PENGURUSAN PENGISLAMAN KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) DAN BAITULMAL DAERAH TAHUN 2025

480568557 1009841684394364 837927444510297496 n 1
Klang, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, Sektor Pembangunan Sosial telah menganjurkan Program Hala Tuju Pengurusan Pengislaman kepada Pusat Pengurusan Pengislaman(PPP) dan Baitulmal Daerah Tahun 2025.
 
Seramai 50 orang peserta dikalangan PPP dan Baitulmal Daerah terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk memperkukuhkan hala tuju pengurusan pengislaman yang lebih tersusun dan berkesan, selari dengan matlamat pembangunan sosial yang inklusif dan holistik.
 
Semoga program ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam usaha membangunkan strategi yang lebih mantap dalam pengurusan pengislaman di negeri Selangor.
 
Program ini mendapat sambutan yang baik dari peserta yang hadir dan berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 
Turut hadir ialah Dr. Hajah Norraini Binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Puan Hjh Hafizatulakmal binti Abd. Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor