PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS

PERKUKUHKAN HAL EHWAL ISLAM- COFFEE TALK BERSAMA PENGERUSI MAIS

ca9d1479 b454 46ae 9240 180ebc7a941c
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, sebagai inisiatif bagi mengukuhkan hal ehwal Islam di Selangor dan membincangkan perkembangan isu semasa yang berkaitan.
 
Program ini memberi peluang kepada ketua jabatan dan wakil jabatan untuk berinteraksi secara langsung dengan Pengerusi MAIS bagi bertukar pandangan dan merancang langkah-langkah untuk memastikan urusan agama di Selangor dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efisien.
 
Pengerusi MAIS turut mengalu-alukan kehadiran Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang baru dilantik, Puan Sofian Ahmad. Beliau memulakan tugas pada 3 Februari tahun ini. Turut diraikan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Siti Razmah Idris, yang menyertai jabatan itu pada 15 Januari. Kehadiran mereka diharapkan dapat memberi impak positif dalam pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri Selangor.
 
Turut Hadir YAD Dato’ Setia Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dr Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Hajjah Norzaihan Mohd Zain; Timbalan Setiausaha Operasi MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor