PERJUMPAAN KETUA PENDAFTAR MUALLAF BERSAMA DENGAN PENDAFTAR MUALLAF NEGERI SELANGOR

PERJUMPAAN KETUA PENDAFTAR MUALLAF BERSAMA DENGAN PENDAFTAR MUALLAF NEGERI SELANGOR

455814046 880849270626940 8937567353855419364 n
KLANG, 15 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK telah mengadakan perjumpaan di antara Ketua Pendaftar Muallaf dan Pendaftar Muallaf Negeri Selangor.
 
Objektif utama perjumpaan ini adalah untuk menambah baik pengurusan pendaftaran pengislaman Muallaf di Selangor.
 
Seramai lapan orang Pendaftar Muallaf Daerah telah hadir dan berbincang serta bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan lagi urusan pendaftaran pengislaman Muallaf di negeri ini. Perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat. Diharapkan perjumpaan ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
 
Antara yang turut hadir adalah Dr. Hajah Norraini Noordin, Ketua Pendaftar Muallaf; Dr. Ahmad Zaky Md Ali @ Tahir, Pendaftar Muallaf Daerah Hulu Langat; AF Ustaz Nasrul Hadi Rohani, Pendaftar Muallaf Daerah Kuala Selangor; AF Ustaz Mahdi Al-Hilmy Arshad, Pendaftar Muallaf Daerah Klang dan AF Ustaz Mohamed Mekkah Baharan@Husin, Pendaftar Muallaf Daerah Sabak Bernam.
 
Turut hadir ialah AF Ustaz Mohamed Tahir Abd Manap, Pendaftar Muallaf Daerah Gombak; AF Ustaz Hairul Anuar Samingan, Pendaftar Muallaf Daerah Kuala Langat; AF Ustaz Mohd Khairi Md Zainal, Pendaftar Muallaf Daerah Hulu Selangor; AF Ustaz Mohamad Nazri Sobirin, Pendaftar Muallaf Daerah Sepang; dan Hajah Hafizatulakmal Abdul Jalil, Pendaftar Muallaf Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor