Pengerusi MAIS Ucap Tahniah Kepada 1,889 Graduan KUIS
Pengerusi MAIS Ucap Tahniah Kepada 1,889 Graduan KUIS
15 Ogos 2022 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof merakamkan ucapan tahniah kepada 1,889 Graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang telah berjaya menamatkan pengajian.
“Saya dan seluruh warga kerja MAIS dan KUIS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-25, Sidang ke-2.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh tenaga pengajar KUIS yang sentiasa menyumbang tenaga dan bakti dalam melahirkan generasi yang cemerlang.
Konvokesyen KUIS kali ke-25 ini melahirkan seramai 1,889 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian. Jumlah keseluruhan graduan sehingga tahun 2022 ialah seramai 27,365.
Dalam sidang ke-2 ini, seramai 220 graduan dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Majlis ini juga sempena KUIS meraikan Sambutan Jubli Perak Majlis Konvokesyan ke-25 dimana kali pertama dahulu diadakan pada tahun 1998.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...