PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS

PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS

488504282 1044661774245688 6330868459307157591 n 1
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi melawat dan menyantuni mangsa tragedi kebakaran paip gas Putra Heights hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
 
Yang di-Pertuan Agong tiba pada pukul 9.40 pagi bagi melawat lokasi kejadian letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights.
 
Sultan Ibrahim turut berkenaan menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas itu baru-baru ini.
 
Selesai sesi penyerahan sumbangan, Seri Paduka melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi meninjau sendiri keadaan mangsa-mangsa yang dipindahkan.
 
Hadir sama ialah YAD Dato’ Setia Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS dan Encik Zaharuddin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS.
 
Turut hadir ialah Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan Encik Abdul Ghaffar Abd Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor