PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA BAWAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA
PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA BAWAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA

16 September 2022 – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Penghargaan Ahli Jawatankuasa bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia.
Majlis disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI).
DYMM Sultan Selangor adalah Raja Pemerintah yang pertama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja untuk mempengerusikan MKI.
Majlis bertujuan bagi menzahirkan setinggi penghargaan kepada ahli dilantik yang tamat pelantikan seiring dengan penstrukturan semula MKI dan pengurnian Watikah Pelantikan kepada ahli jawatankuasa baharu MKI oleh DYMM Sultan Selangor.
Semoga jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuh di bawah MKI dapat bergerak dengan progresif pada masa hadapan untuk melakar lebih banyak kejayaan.
Tabarruk diertikan sebagai perbuatan mengambil berkat. Perkataan berkat itu sendiri...
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ...