PENERANGAN BERKENAAN PRODUK BAITULMAL MAIS KEPADA AGENSI DI BAWAH TAKAFUL IKHLAS BERHAD
PENERANGAN BERKENAAN PRODUK BAITULMAL MAIS KEPADA AGENSI DI BAWAH TAKAFUL IKHLAS BERHAD

23 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Hulu Selangor telah menerima jemputan daripada IKTISAS Agency Leadership Corporation (ALC) Takaful Ikhlas Family Berhad bagi memberi penerangan berkenaan produk perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal MAIS.
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Izhar bin Ismail, Ketua Baitulmal Daerah Zon Timur dibantu oleh Ustaz Sharul Razie bin Abdul Majid, Eksekutif Baitulmal Daerah Hulu Selangor.
IKTISAS adalah sebuah agensi di bawah Takaful Ikhlas Berhad, memasarkan produk dan plan Takaful Keluarga. Mereka juga berminat untuk memberikan kerjasama dalam menyebarkan khidmat produk Baitulmal MAIS lebih-lebih lagi produk yang berkaitan dengan Wasiat, Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka.
Sambutan yang menggalakkan diterima daripada pihak IKTISAS dalam menjalinkan kerjasama ini untuk mendedahkan kepada masyarakat berkenaan Pengurusan Harta Dalam Islam .
Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
Info lanjut, sila layari:
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...