MESYUARAT MAIS BIL.1/2025
MESYUARAT MAIS BIL.1/2025
SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Mesyuarat MAIS bilangan yang pertama bagi tahun 2025 hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan dihadiri seramai 20 orang Anggota MAIS yang terlibat.
Melalui mesyuarat ini, akan memastikan hal ehwal agama Islam di Selangor sentiasa diutamakan.
Beberapa keputusan juga berkaitan hal ehwal agama Islam Selangor dapat dibincangkan dan diputuskan oleh Anggota MAIS yang terdiri dari pelbagai latar belakang kepakaran.
Semoga melalui usaha dan ketetapan ini, hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor sentiasa diutamakan dan MAIS akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.
Antara Anggota MAIS yang hadir dalam mesyuarat ialah YAD Dato’ Haji Emran Haji Kadir, YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin dan YB Dr Mohamad Fahmi Ngah dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...