MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH
MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH
Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya, namun suasana meriah Aidilfitri masih terasa apabila amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan.
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra bagi meraikan sambutan Aidilfiri kepada keluarga pelatih-pelatih pada 10 Mei 2023.
Majlis bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Dalam majlis raya ini juga turut diadakan sesi perkongsian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama keluarga pelatih.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Supritenden Ahmad Faizal Tahrin, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor,
Turut hadir memeriahkan ialah Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Baitul Islah, Pengurusan Tertinggi MAIS dan pegawai Jabatan/Agensi Daerah Hulu Selangor.
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan pengidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Riqab MAIS.
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...