[vc_row][vc_column][vc_column_text]KOTA BHARU 23 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan terus berdakwah kepada komuniti LGBT dengan mengadakan aktiviti program yang dapat memberi manfaat kepada golongan terbabit.
Bagi memperkukuhkan lagi program asnaf riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan program Kembara Mahabbah Komuniti Disayangi Siri 1/2020.
Seramai 29 orang peserta dari kalangan komuniti LGBT telah mengikuti program yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 21 hingga 23 Februari 2020.
Menurut Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS memberitahu program ini bertujuan memberi pendedahan ilmu agama dan aspek kesihatan selain menghilangkan pelbagai prasangka negatif dalam kalangan komuniti LGBT.
Tambah beliau, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah Solat Berjemaah, Tazkirah Agama, Slot Kuiz Agama dan Sesi Muhasabah Diri.
Menurutnya lagi, program ini juga menerapkan konsep dakwah santai melalui siri lawatan ke tempat yang mempunyai unsur pelajaran dan nilai murni.
“Antara lokasi lawatan adalah Masjid Beijing, Masjid Sultan Ismail Petra, Muzium Islam Kelantan dan Pondok Maahad Diniah Pasir Tumbuh.
“Program ini diharapkan dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap komuniti ini dalam membantu menjadi muslim yang taat pada agama dan berjaya di masa akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2856″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2860″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2857″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]