MAIS TERIMA SUMBANGAN WAKALAH DARI PERBADANAN HARTANAH BERHAD

MAIS TERIMA SUMBANGAN WAKALAH DARI PERBADANAN HARTANAH BERHAD

491395074 1052468476798351 5873499938360829040 n
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima sumbangan wakalah berjumlah RM100,000.00 dari Perbadanan Hartanah Berhad (PHB) untuk disalurkan kepada golongan asnaf terpilih di negeri Selangor.
 
Penyerahan simbolik cek cura disampaikan oleh Encik Zulkifli Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PHB kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah.
 
Menerusi penyerahan sumbangan wakalah berkenaan, pihak MAIS akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada 11 orang penerima asnaf yang layak melalui Program Bidayatul Al-Falah.
 
Program ini merupakan inisiatif pihak MAIS dalam membimbing dan memantau prospek untuk menjadi usahawan (makanan, atau tani, atau ternakan) dalam usaha membantu kelangsungan hidup supaya prospek mempunyai daya tahan tinggi serta berdikari.
 
Pemantauan program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat di bawah MAIS.
 
“Terima kasih diucapkan kepada pihak PHB atas sumbangan wakalah yang diberikan. Pihak MAIS juga terbuka kepada mana-mana institusi dalam penyerahan wakalah untuk disampaikan kepada asnaf di negeri Selangor,”kata Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS.
 
 

Add Your Heading Text Here