MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI CAMBODIAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY
MAIS TERIMA PENGHARGAAN DARI CAMBODIAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima penghargaan daripada Cambodian University of Management and Technology (CUMT), Phnom Pehn sempena Perasmian Pembukaan Universiti ini pada 21 Oktober.
Â
YBrs Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, MAIS mewakili MAIS bagi menerima sijil penghargaan.
Â
Majlis perasmian CUMT dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh H.E Dr. Hosen Mohamad Farid, President of CUMT dan seterusnya ucapan perasmian oleh H.E Dr. Hangchoun Naron, Deputy Prime Minister and Minister of Education, Youth and Sports, Cambodia. Turut diadakan ucapan penghargaan oleh H.E Abdullah Raad S Alshumrukh yang mewakili H.E Ambassador of The Kingdom Of Saudi Arabia ke Kemboja.
Â
Dalam masa yang sama, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara CUMT bersama pihak Universiti Islam Selangor (UIS) dan beberapa Institut Pendidikan yang lain. UIS diwakili oleh Encik Zulhizzam bin Hamzah, Pendaftar Universiti Islam Selangor.
Â
Turut bersama dalam majlis MOU ini ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), University College TATI dan Universiti Muhammadiah Riau, Indonesia.
Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SABAK BERNAM, 24 Oktober – Sepanjang lima tahun dari tahun...
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima...
Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 19 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor...