MAIS TERIMA LAWATAN MITI DAN JKR SELANGOR

MAIS TERIMA LAWATAN MITI DAN JKR SELANGOR

451808452 863533605691840 9064115387917214009 n
Shah Alam, 18 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bertujuan mengadakan perbincangan bagi urusan penggunaan tanah Masjid Tebuk Mufrad bagi tujuan komuniti setempat.
 
Delegasi lawatan seramai lapan orang diketuai oleh Puan Nor Kamisah Che Daud, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan MITI disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut terlibat dalam lawatan ialah Encik Badrul Hisham Baharom, Pengarah Bahagian Bangunan JKR Selangor.
 
Antara lain, pihak MITI dan JKR Selangor ingin mendapatkan pandangan dan pertimbangan dari MAIS mengenai pelaksanaan Kampung Angkat Madani MITI.
 
Semoga perbincangan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dengan MITI dan JKR Selangor.
 
Hadir sama ialah Tuan Haji Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS, wakil pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil pegawai Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor