MAIS TERIMA LAWATAN MAINPP

MAIS TERIMA LAWATAN MAINPP

374492436 685480156830520 1991839807449841066 n
Shah Alam, 7 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINNP).
 
Delegasi MAINPP seramai 15 orang pegawai diketuai oleh Puan Rohaizam Abd Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam MAINPP.
 
Lawatan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan asnaf riqab termasuk operasi keseluruhan dan pengurusan rumah pemulihan di bawah MAIS di samping mengeratkan hubungan baik antara MAINPP dan MAIS.
MAIS diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial mengalu-alukan kehadiran delegasi MAINPP.
 
MAINPP juga akan membuat lawatan ke Rumah Perlindungan MAIS iaitu di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
 
Pihak MAINPP mengucapkan terima kasih atas sambutan pihak MAIS dan teruja dengan pengurusan Rumah Pemulihan MAIS (RPM).
 
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAINPP dan dapat dimanfaatkan oleh MAINPP bagi pelaksanaan Baitul di tempat mereka.
 
Turut hadir Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Ustaz Mohd Yasser Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS; Puan Mazlina Othman, Penguasa Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman dan Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Baitul Islah MAIS.
 
#mais #menjunjungamanah
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor