MAIS TERIMA LAWATAN DARI PDRM
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PDRM
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menerima lawatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh YDH DCP Dato Ts Azizee Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan PDRM.
Â
Rombongan seramai enam orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Â
Antara objektif lawatan adalah membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diadakan antara MAIS dan PDRM bagi membantu Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) dan Tabung Kebajikan PDRM di samping berkongsi berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS kepada masyarakat.
Â
Hadir sama mewakili MAIS ialah Encik Md Yusmizan Yusof, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor; Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Puan Noor Azira Haji Yunus@Imran, Ketua Bahagian Pelaburan & Pengurusan Dana.
Â
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...