MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS
MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS
Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan (Dalaman) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pada 28 Ogos 2024.
Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Datuk Haji Mohd Dandan@Ame Haji Alidin, Pengerusi JKAP/Ahli Majlis Tertinggi MUIS bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu serta pengalaman Sektor Audit Dalam & Integriti MAIS berhubung pengurusan audit dalam di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.
MAIS diketuai oleh YDM Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah Alhaj, Pengerusi Jawatankuasa Audit MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi.
Hadir sama Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Antara lain, Puan Rohana Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS berkongsi maklumat berhubung Sektor Audit Dalam & Integriti MAIS kepada delegasi MUIS.
Selain itu, hadir mewakili MAIS ialah Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara MAIS dan MUIS.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...