MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIP

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIP

476643883 1007023411342858 7416768701039984495 n
Shah Alam, 13 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diketuai oleh Prof Madya Dr Ahmad Effat Mokhtar, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).
 
Rombongan seramai enam orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
 
Antara objektif lawatan adalah untuk menjalankan penyelidikan
pengendalian Istitabah di MAIS bagi model rujukan pembangunan Modul Istitabah di Negeri Pahang.
 
Hadir sama mewakili MAIS ialah Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS; Encik Mohd Hafiz Abdul Salam, Ketua Bahagian Pusat Penyelidikan MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Ustaz Khairul Jahrin Nasri, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor