MAIS TERIMA KUNJUNGAN MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD
MAIS TERIMA KUNJUNGAN MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

SHAH ALAM, 17 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) yang diketuai oleh Ts Dr Indera Shaiful Baharudin, Eksekutif Vice Presiden MTDC bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan peluang kerjasama yang bersesuaian dalam mengenalpasti beberapa potensi projek antara MTDC dan MAIS.
Â
Lawatan MTDC seramai tujuh orang disambut mesra oleh Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat.
Â
Antara lain pihak MTDC berkongsi maklumat perkembangan syarikat yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan MTDC.
Â
Hadir sama dalam perbincangan ialah Encik Zaharuddin Kadiron, Pengarah Teknologi Maklumat MAIS ; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...