MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK
MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3 Disember menerima kunjungan dari Majlis Islam Sarawak (MIS) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pelaksanaan bantuan guaman syarie, pengurusan harta orang Islam termasuk pengurusan tadbir urus MAIS, agensi dan anak syarikat.
Delegasi lawatan seramai 10 orang diketuai oleh YAA Datu Haji Awg Suhaili Ledi,Ketua Hakim Syarie Sarawak disambut baik oleh YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan mengalu-alukan kehadiran delegasi.
“Terima kasih kepada pihak MIS, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama terutama dalam pengurusan guaman syarie, pengurusan harta dan amalan terbaik agensi.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MIS,”kata Pengerusi MAIS.
Antara lain, Puan Nurul Syakirah Johari, Ketua Bahagian Undang-Undang Syariah MAIS berkongsi maklumat berkaitan bantuan guaman syarie MAIS, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS berkaitan pengurusan pengamanahan dan pentadbiran harta manakala pengurusan tadbir urus MAIS disampaikan oleh Encik Ahmad Helmi Rahmat @Abd Shukor, Ketua Bahagian Tadbir Urus Korporat MAIS.
Dalam perkembangan yang sama, YAA Datu Haji Awg Suhaili Ledi,Ketua Hakim Syarie Sarawak berkata, beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan.
Antara yang hadir mewakili MAIS ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Tuan Abd Halim Abu Samah, Pegawai Penyelidik/Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...