MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK

426539538 773660651345803 6428761109664453233 n
Shah Alam – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 15 Februari menerima kunjungan dari Majlis Islam Sarawak (MIS) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung fungsi dan peranan MAIS di samping pengurusan tadbir urus MAIS, agensi dan anak syarikat.
 
Delegasi lawatan seramai 17 orang diketuai oleh Ustaz Morshidi Haji July, Pemangku Timbalan Setiausaha MIS disambut baik oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.
 
Selain itu, melalui kunjungan ini diharap dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak terutama dalam amalan terbaik tadbir urus di agensi agama negeri masing-masing.
 
Antara yang hadir mewakili MAIS ialah Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS; Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
 
Turut hadir ialah wakil pegawai Bahagian Undang-Undang MAIS dan Bahagian Audit Dalam MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor