MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAIPk

MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAIPk

470197328 966489218729611 5361541978209172929 n
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16 Disember 2024 menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung fatwa fidyah dan kaedah pelaksanaan agihan fidyah di negeri Selangor.
 
Delegasi lawatan seramai enam orang diketuai oleh Ustaz Bakri Lee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIPk disambut baik oleh Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan mengalu-alukan kehadiran delegasi.
 
“Terima kasih kepada pihak MAIPk kerana memilih MAIS untuk berkongsi maklumat berkaitan fidyah di negeri Selangor, semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dalam pengurusan agihan fidyah di agensi agama negeri masing-masing,” kata Dr Hajah Norzaihan.
 
Antara lain, pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan MAIS dan MAIPk.
Hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman, Ketua Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Selangor dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor