[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 13 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang RM537,500 bagi menampung keperluan masjid, surau dan pusat tahfiz seluruh Negeri Selangor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 sebagai usaha MAIS dalam membantu maslahah ummah.

Daripada jumlah RM537,500 itu, sebanyak RM337,500 diperuntukkan kepada 638 buah masjid dan surau iaitu 316 penerima adalah masjid dan 322 adalah surau yang terpilih di negeri ini mengikut senarai yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Masing-masing menerima bantuan sebanyak RM500.00 bagi setiap masjid/surau.

Manakala sebanyak RM200,000 disumbangkan kepada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) melibatkan sebanyak 250 buah maahad tahfiz yang terjejas bagi keperluan kos utiliti dan sewaan bangunan di samping penyediaan kemudahan pembelajaran serta kebajikan pelajar-pelajar tahfiz di negeri ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu diberikan menerusi peruntukan Baitulmal MAIS. Pembayaran sumbangan akan dikreditkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima.

Majlis simbolik penyerahan replika cek MAIS disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada Ustaz Hashim Muhammad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS dan Ustaz Muhamad Hafiz Mohamad Haneefa, Pengerusi PITAS di sini hari ini. Hadir sama Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Pihak MAIS berharap bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban terutama bagi keperluan masjid,surau dan pusat tahfiz untuk menampung bayaran bil-bil utiliti serta lain-lain keperluan kecil sepanjang pelaksanaan PKP Fasa 3 sejak 25 Mei 2021.

Antara masjid menerima sumbangan bantuan ini ialah Masjid Nurul Iman, Rawang; Masjid Al Falah, Sungai Ramal Dalam; Masjid At-Taqwa, Kalumpang; Masjid Raudhatul Mukminin, Sungai Pinang Bandar dan Masjid Diraja Sultan Alaeddin, Kg Bandar.

Manakala antara penerima sumbangan bantuan surau ialah Surau Nurhidayah, Sungai Kajang Lama; Surau Nurul Iman, Puncak Jalil; Surau An-Nur, Sunway Kayangan; Surau As Solihin, Parit 7 Ban 3, Sungai Leman dan Surau Nurhidayah, Tali Air 11 Ban 2, Pasir Panjang.

Sebelum ini pada bulan Disember 2020, MAIS telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada masjid-masjid dan surau-surau dan RM100,000 kepada PITAS pada Mac lalu. MAIS turut menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19 termasuk petugas barisan hadapan, Pusat Penerimaan Vaksin, Hospital, Pusat Kesihatan Daerah dan sebagainya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6218″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6219″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6220″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6221″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor