MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA PALESTIN

MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA PALESTIN

404947812 727121522666383 5759749485027308620 n
SHAH ALAM, 24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000.00 kepada Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan kepada RakyatPalestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang terlibat dengan peperangan bagi membantu dan meringankan beban dan penderitaan di negara mereka.
 
Sumbangan dana ini adalah daripada peruntukan sumber Wang Baitulmal MAIS kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penyelaras sumbangan Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin.
 
Selain itu, sumbangan MAIS ini juga bertujuan sebagai tanda sokongan MAIS terhadap
Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan kepada Rakyat Palestin yang sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi manusia sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin.
 
MAIS juga menyeru dan mengingatkan khususnya kepada umat Islam di Selangor agar terus menyokong saudara Islam di Palestin dan jika ingin menyalurkan sumbangan pastikan menerusi pihak yang tepat dan telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan.
 
Teruskan berdoa, menunaikan solat hajat dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi untuk keselamatan rakyat Palestin. Kebersamaan kita terutamanya melalui doa dan sokongan ini perlu sentiasa ada untuk mereka.
Penyampaian replika cek sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj seterusnya diserahkan kepada Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM semasa Majlis Pelancaran Laman Web Khutbah dan Penyerahan Dana Tabung Kemanusiaan Palestin di sini hari ini.
 
Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi, Dato Haji Mohamad Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar,Setiausaha MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor