MAIS SUMBANG RM117,200 KEPADA ASNAF RIQAB DAERAH HULU LANGAT
MAIS SUMBANG RM117,200 KEPADA ASNAF RIQAB DAERAH HULU LANGAT
SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu dalam satu majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS di Istana Alam Shah, Klang pada 6 Mac.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS yang baharu dan kepada dua (2) anggota MAIS yang baharu iaitu YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir serta YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh.
Turut mengadap sebagai Anggota MAIS ialah YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
Tempoh lantikan Anggota MAIS yang baharu ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 sehingga 31 Disember 2026. Pelantikan ini, menjadikan keseluruhan Anggota MAIS bagi sesi 2024 – 2026 adalah 21 orang dari pelbagai bidang kepakaran dengan diketuai oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin selaku Pengerusi MAIS.
Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Subseksyen 11 (1) dan (2) yang menyatakan:
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) lima orang anggota atas nama jawatan yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:
i. Setiausaha Kerajaan Negeri;
ii. Penasihat Undang-Undang Negeri;
iii. Pegawai Kewangan Negeri;
iv. Mufti;
v. Ketua Polis Negeri;
vi. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; dan
(d) tidak kurang daripada lapan (
anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam agama Islam.
(2) “Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara baginda bagi apa-apa tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan”.
MAIS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah dalam majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2024-2026. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus hal ehwal Islam Negeri Selangor dan seterusnya memacu kemajuan ummah Islam di Negeri Selangor.
SHAH ALAM-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyerahkan sumbangan...
SHAH ALAM, 14 Mac-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan...
SHAH ALAM, 14 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan...
SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan...