MAIS SAMPAI TAKLIMAT PENGURUSAN WASIAT KEPADA PEGAWAI PDRM
MAIS SAMPAI TAKLIMAT PENGURUSAN WASIAT KEPADA PEGAWAI PDRM

SHAH ALAM, 6 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Persatuan Ulama’ Wilayah Persekutuan (PUM WP) dan Pertubuhan dan Bantuan Insan (INSAN) bertujuan mengeratkan ukhwah persaudaraan sesama muslim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan Projek Pembangunan Kompleks Tahfiz PUM – INSAN di tanah wakaf Mukim Semenyih.
Â
Lawatan delegasi seramai lapan orang diketuai oleh Datuk SS Prof Madya Dr Lukman Haji Abdullah, Naib Yang Dipertua II PUM disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan mengalu-alukan kehadiran lawatan.
Â
Antara lain Datuk SS Prof Madya Dr Lukman berkongsi maklumat berkaitan perkembangan terkini PUM dan PUM WP.
Â
Turut serta mewakili MAIS ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, wakil pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Â
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dengan PUM, PUM WP dan INSAN.
Â
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...