MAIS SAMPAI TAKLIMAT DAN BACAAN PERATURAN TAULIAH PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) – Copy

MAIS SAMPAI TAKLIMAT DAN BACAAN PERATURAN TAULIAH PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) – Copy

459346905 899680125410521 6143639384253609465 n
SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Undang-Undang telah menerima jemputan sebagai penceramah dalam program Taklimat dan Bacaan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024 anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.
 
Taklimat disampaikan oleh Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS kepada 36 orang peserta dikalangan Anggota Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Rayuan Tauliah dan Panel Temu Duga Tauliah berkenaan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024.
 
Program talimat bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta yang terlibat berhubung peraturan tauliah dan pengajaran agama Islam di negeri Selangor.
 
Sebanyak tujuh bahagian yang terdapat dalam Peraturan-peraturan berkenaan antaranya ialah Jawatankuasa Tauliah, Kategori Tauliah, Penggantungan & Penarikan Tauliah, Pengecualian dan Kewajipan Pemegang Tauliah.
 
Semoga taklimat yang telah disampaikan dapat membantu setiap anggota dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor